Monday, February 13, 2012

12.2.12

Selamat Hari UlangTahun.....Untuk Aku...
Alhamdulillah masih diberi peluang menarik nafas di muka bumi ini...
Sudah menjangkau usia 30 tahun sekarang..Masih diberi kekuatan dan kesihatan..
Namun sudah 2 tahun tak menyambut bersama-sama dia...Dia pergi dulu sebelum aku...
Pape pun aku redha..Aku tahu dia menyayangi aku di saat dia pergi...

Terima kasih di atas semua ucapan dari pada kawan-kawan semua...Really appreciate that...Walau pun aku menanti ucapan daripada seorang kawan rapat, hingga hari melewati tarikh lain, tetap tiada ucapan daripadanya. Mungkin dia sudah melupakan aku dalam hidupnya? Kalau jalan itu yang dia pilih, aku harap dia bahagia dengan caranya. 

Sejujurnya rasa sangat terharu sangat dengan kawan-kawan rapat, Zizah, Non, Kak Yam sebab sudi lunch bersama-sama. .Tak lupa jugak 2 lovely girls Dira n Lisya Cukup membuatkan aku rasa dihargai. Thanks..sayang sangat korang sampai akhir nafasku. Thanks buddy for lovely hand bag..suke bangat...Hari ne dah rasmi..And sorry sbb blm kasik present tuk ko..bukan lupa tp masih memikirkan hadiah yang sesuai..Ingat nak sponsor baju tuk kita berempat, Aku, Ko, Dira n Lisya tuk majlis BFF kita..Tu lah yang terpikir di fikiran ini...

Thanks buddy for this handbag..really love it


And esok 14.2.2012 adalah ulangtahun ke 2 perkahwinan kami. Sememangnya tak dapat nk celebrate kan...But memories alwayz in my mind Sayang...and also ulangtahun ke 3 perkahwinan my oldest brother n sis in law...Thank you for sharing ur life with me including Dhia Efriza Sofea yang super duper cute tu..
Waa..geram sangat dengan perangai dia sekarang ne...



SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE 2 SAYANG

Wednesday, January 18, 2012

Welcome 2012..Bye Bye 2011

Kini sudah 18 hari di dalam tahun baru 2012...Cepatnya masa berlalu pergi meninggalkan aku yang masih dalam angan-angan aku...2011 meninggalkan aku dengan pelbagai peristiwa yang banyak mengajar aku erti kehidupan..Alhamdulillah kini aku semakin cekal mengharungi kehidupan aku selepas 17 bulan Jaja tiada. Namun di saat aku menaip bait-bait ayat ini, air mata aku tetap mengalir..Kasih sayang, rindu dan cinta ini masih untuk dia..Hanya aku yang tahu perasaan aku terhadap dia.Jauh di sudut aku ini, mengharapkan dia kembali walaupun hal ini mustahil akan berlaku..

Well, kehidupan perlu diteruskan..Alhamdulillah, walau pun ada perkara yang terjadi pada aku sometimes tak la berapa mengembirakan aku, well aku tetap bersyukur pada beberapa perkara yang telah berlaku pada 2011. Antaranya : 

1. Kelahiran Dhia Efriza Sofea 
Cute x kami berdua?


2. Menjejakkan kaki ke Universal Studio Singapore


nak repeat lagi...


3. Dapat g Krabi Island
Pengalaman best tapi kenangan xbest
4. Dapat g Filipina 
best ever vacation wpun kami mcm pelarian..hehehe..nak repeat lg

5. Dapat Anugerah Khidmat Cemerlang
Ne jek pic yang ada...Thanks Kak Mimi tuk pic ne..Nampak aku baru pas nanges..

So far, byk agi kenangan tuk 2011 yang manis-manis ne..Tapi ne jek yg dpt difikirkan dan ada gambarnya. Pape pun tahun 2011 juga mengajar aku kekuatan kekeluargaan yang aku miliki. Walaupun hidup dalam kesederhanaan tapi aku kaya dengan kekeluargaan yang aku miliki..

So sekarang ne aku dah move in ke rumah sewa dan tinggal bersama-sama adik, ipar dan Sofea. Seriusly, aku sangat happy dengan perubahan yang aku lakukan ini. Dan aku juga semakin dekat dengan buddies aku..Best sangat..Leh luangkan masa yang masih ada dengan kawan2 baik dengan harapan titipkan doa untuk aku andai aku ditakdirkan pergi dahulu. Jangan lupakan aku ye kwn2..

So, that all tuk kali ne..Entry pembukaan untuk Year 2012. Mudah-mudahan tahun ini akan memberikan aku lebih kerahmatan daripada Nya. 

Next entry nak masukkan plak azam tahun baru 2012. Walaupun dah ada beberapa azam yang dah dilaksanakan.

Bye..Bye..


Wednesday, December 7, 2011

Di Saat dan Ketika Ini..

Salam semua...

Ketika post ini ditulis, aku dalam keadaan yang sangat merindui dia..
Cuba sedaya upaya menahan air mata ini dari mengalir, namun tiada apa yang dapat menghalangnya..
Kerinduan ini hanya aku yang tahu..betapa peritnya merindui seseorang yang tidak akan mungkin kita jumpa lagi..
Tiada apa yang boleh menjadi pengubat rindu...
Di Saat ini, aku tatap gambar kenangan yang menjadi tatapan mataku..
Mengimbau kembali kenangan kami berdua bersama...
Terlalu banyak memori kami bersama...Semuanya masih segar di ingatan..
Masih tergiang-giang suara nya yang ceria, tawanya yang menyejukkan jiwa..
Kasih sayang yang tiada penghujung...
Masih terasa bahang dia memeluk aku tiap aku menghampiri dia..
Masih melekat ciuman dia tiap aku meninggalkan dia...
Tapi kini hanya tinggal kenangan...Kenangan yang meruntuhkan jiwaku..
Begitu besar dugaan buat ku...Namun aku redha ketentuan ini..Kerana aku tahu, dia adalah insan yang Kau pilih...

Al-Fatihah untuk suamiku yang tersayang...Shahizul Eza@Jaja..Moga kau tenang di sana..

kenangan kami ber2...


Thursday, October 13, 2011

Stress

Dah lama x update blog ne..
1st sbb masa yang terhad coz keje n study... 
Ermmm...tak de mood nk update...stress...

Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu ttg perasaan aku skrg ne...semua nya rasa mcm x kena...bak kata pepatah, ditelan mati bapak, diluah mati mak...Ya Allah Ya Tuhan ku tunjukkan lah aku jalan kebenaran...Bukakan jalan penyelesaian kepada aku...Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk aku...

  

Tuesday, September 20, 2011

Andai Cinta Itu Tetap Milik Kita

Pagi ne aku kembali tak boleh tido coz ingatan yang begitu kuat pada Jaja...
Ntah la kenapa...Mungkin dia juga sama seperti aku...merindui sesama sendiri...
Sambil melayan mata ini, aku menonton TV di astro citra...citer Indonesia bertajuk Tentang Cinta....
Cerita yang mengisahkan mengenai perempuan yang kematian kekasihnya...dan lelaki yang ditinggalkan kekasih yang rupa-rupanya kekasihnya menderita sakit...

Petikan di dalam cerita ini sgt menarik...
CINTA ITU BUTA
TAPI IA MERASAI
CINTA ITU PEKAK
TAPI IA MENDENGARI
CINTA ITU BISU
TAPI IA MEMAHAMI

Tp citernye sad ending gak....lelaki tu setia pd kekasihnya...tinggalkan perempuan tu dlm kekecewaan...



Sunday, July 3, 2011

cinta dan airmata

cepatnya masa berlalu...kini sudah menjejak bulan Julai...kebiasaannya bile bulan julai, mesti Jaja sibuk menuntut hadiah dr aku..terbayang2 muka dia minta hadiah itu ini...nak xbox,sony Nex3 lah..ermmm...aku masih igt lg tahun lepas aku suprise kan dia dgn sony Nex3...kamera tu lah yang dia impikan...

kini kamera tu ada bersama-sama aku...cuma dia yang tiada lagi..
kekadang aku harapkan ini semua mimpi aku yang panjang....aku harapkan bila aku bangun, dia masih ada disisi aku...tp ini lah kenyataannya...

kenapa orang yang sayang aku pergi dlu dr aku??sebelum ne aku selalu tiada siapa yang akan sayang pada aku...tp Allah dah temukan aku dengan orang yang paling baik yang penah aku kenal...ciri-ciri yang aku nak pada dia...kami adalah orang yang sama...dia anak tunggal yang tidak penah ada adik beradik  lain tp penuh kasih sayang dr ayah dan mak..dan aku sebaliknya...adanya Jaja pelengkap aku, adanya aku sebagai pelengkap hidup Jaja.....tak heran la kami berdua sentiasa bersama tak kira siang atau malam....

tak lengkap hidup aku sehari tanpa dia..dlu aku terfikir mcmmana la aku nak hidup kalo aku kehilangan dia...akhirnya aku hadapinya lebih awal daripada jangkaan aku....selps 6 lebih bersama , aku kehilangan Jaja sekelip mata...di saat aku menghitung hari menyambut hari raya pertama kami....aku membayangkan aku mencium tangan dia sambil mohon ampun dan maaf. akhirnya aku menyambut hari raya di pusara Jaja yang masih merah.

Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan yang bakal mendatang. Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui.

Shahizul Eza, walaupun u dah tak de di depan mata i, tapi u tetap di hati i..tak mungkin i dapat lupakan u walau apapun yang terjadi...kasih sayang i pada u takkan hilang walaupun ditelan waktu...





Monday, June 20, 2011

295 days...

Cepatnya masa berlalu...sedar tak sedar dah 295 hari Jaja pergi tinggalkan duniawi..Moga dia tenang diSana. Hanya doa dan iringan doa yang dapat aku titipkan buat dia diSana...InsyaAllah syg...

Kehidupan aku seperti biasa...Mengharungi hidup tanpa tujuan..Tiada lagi apa yang tinggal tuk aku...Aku tahu Allah s.w.t telah menetapkan sesuatu yang terbaek tuk aku..Aku hanya hamba yang lemah..

Kenangan aku dan dia tak mungkin dapat aku lupakan...setiap masa kenangan itu terbayang di mata..Ada kenangan yang mengundang tawa di jiwa..ada kenangan yang mengalirkan air mata..Kadang-kadang aku membayangkan dia masih ada...tergiang-giang hilai tawa dia yang periang dan ceria...

Pic on His Birthday...Miss him So Much...